Oleh : AisyahYamin@itpasserdang

KAJANG, 14 Mei 2016 – YB Ustaz Shafie Ngah, ADUN Bangi telah merasmikan Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Bola sepak Bawah 14 Tahun Piala ADUN di Taman Berjaya, Sungai Chua, Kajang semalam. Kejohanan anjuran ADUN Bangi dengan kerjasama DACS Serdang telah disertai 10 pasukan dari taman perumahan dan kelab bola sekitar Bangi.

Menurut YB Shafie, “Saya berasa bangga dan gembira kerana dapat bersama-sama dalam Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Bola Sepak Tertutup piala ADUN Bangi. Syabas kepada DACS Serdang kerana menganjurkan Kejohanan Bola Sepak kali ini”.

Kejohanan ini telah dimenangi oleh Harimau United FC yang membawa pulang wang tunai RM500, pingat Dan Piala Adun Bangi. Kelab Bola Sepak Bangi Junior pula berjaya menjadi Naib Johan dan dianugerahkan RM400 berserta pingat. 

YB Shafie Ngah merakamkan ucapan tahniah kepada pemenang dan semua pasukan yang terlibat. Beliau turut mengucap terima kasih kepada ibubapa dan pengurus kelab yang memberi komitmen dan sokongan kepada program ADUN Bangi ini.

Seperti penganjuran-penganjuran sebelum ini, Kejohanan Bola Sepak seperti ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara komuniti dan menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam masyarakat.

Advertisements