Oleh: Tuan Ajma

Bangi 14 Mei 2016 – Kejadian ribut petir dan hujan lebat beberapa hari yang lepas telah menyebabkan rumah penduduk Kampung Sungai Tangkas dimasuki air bercampur lumpur. Sampah-sarap juga banyak dihanyutkan air banjir ke halaman rumah mangsa.

Sehubungan itu, anggota Jabatan Amal PAS Kawasan Serdang telah bergotong-royong membersihkan rumah, membuang sampah-sarap yang dihanyutkan dan mengangkat barang-barang yang tidak diperlukan untuk dilupuskan.

Jabatan Amal Serdang telah menjalankan operasi pembersihan pasca banjir dalam dua kumpulan. Tuan Haji Hanapiah mengetuai skuad di Sungai Tangkas manakala Tuan Shehdi mengetuai skuad di Kampung Bangi. Jabatan Amal Kuala Langat dan Pemuda PAS Kawasan Serdang juga tidak ketinggalan untuk membantu dalam operasi ini.

Tindakan proaktif Jabatan Amal ini telah meringankan beban mangsa banjir dan mengeratkan ukhuwwah Islamiyyah antara penduduk kampung dan anggota Jabatan Amal.

 

 

Advertisements