Oleh : Wan Nooraziezan

Bangi – Buat julung kalinya, satu produk telekung terbaru telah dilancarkan oleh muslimat PAS Kawasan Serdang untuk seluruh wanita di Malaysia.

Telekung Ifteetah dengan slogan “Road To Jannah” merupakan hasil cetusan idea untuk memperkasa Lajnah Ekonomi DMPKS disamping membantu golongan ibu tunggal dibawah Lajnah Kebajikan.

“Telekung Iftetah telah dijahit oleh ibu tunggal di Bandar Seri Putra. Ia adalah langkah yang dibuat oleh DMPKS untuk membantu mereka menambah pendapatan keluarga”, ujar Tuan Faizah yang merupakan pengurus produk telekung Iftetah.

Selain itu, produk ini amat sesuai digunakan oleh semua wanita Malaysia yang inginkan keselesaan dalam ibadah kerana diperbuat daripada material yang berkualiti.

Telekung ini mempunyai lapisan dalam separas dada untuk memastikan aurat terpelihara ketika beribadah. Sebagai meraikan fitrah wanita yang sukakan kecantikan, Ifteetah juga dihiasi renda cantik dan bermutu.

“Kami telah menjahit beberapa prototaip sehingga bertemu design yang paling selesa. Masa yang agak panjang digunakan untuk mencari kain dan renda yang bermutu. Kak Zah memeriksa sendiri setiap telekung yang terhasil untuk memastikan kualiti terpelihara. Ifteetah lahir dengan kasih sayang sepenuh hati.”

Beliau turut berharap agar telekung ini mampu menembusi pasaran global dan dimiliki oleh setiap wanita di seluruh Malaysia.


Telekung Iftetah, Road To Jannah telah dilancarkan dalam Muktamar Dewan Muslimat PAS Kawasan Serdang (DMPKS) pada 27 Mac yang lepas.

Harga:
1. Cotton biasa RM150
2. Satin RM195

Untuk tempahan, hubungi:
Pn Faizah 019-2263341

Advertisements