Oleh : Tuan Ajma

Bangi 12 Mei 2016 – Demi menzahirkan penghargaan terhadap jururawat yang banyak berkorban menjaga pesakit, Pemuda PAS Kawasan Serdang telah mengambil inisiatif mengadakan lawatan ke Klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi.

Kunjungan mereka diketuai oleh Khairul Nadzir b Helmi, Naib Ketua Pemuda Serdang dan diiringi beberapa exco Pemuda PAS Serdang. Kehadiran tersebut disambut dengan penuh kegembiraan dan syukur oleh jururawat di klinik berkenaan.

Wakil jururawat melahirkan rasa terharu  atas kunjungan tersebut.

Di samping itu, hadiah berupa kek telah disampaikan oleh Khairul Nadzir kepada wakil jururawat berkenaan.

Advertisements