oleh: jurjani90

Bangi, 11 Mei – Meskipun jam sudah mencecah 12 tengah malam, sekumpulan lelaki dan kanak-kanak  berpakaian serba merah itu tetap gigih membantu memindahkan barang-barang mangsa banjir di Sungai Tangkas.

IMG-20160512-WA0027

Paras air Sungai Tangkas naik secara mendadak ekoran hujan lebat berterusan. Lantaran itu, 11 buah keluarga terpaksa berpindah dengan 4 daripadanya menetap sementara di  Balairaya Sungai Tangkas.

Operasi pemindahan bermula jam 10 malam dengan penerangan ringkas dari Ketua Kampung Sungai Tangkas,  Abd Hadi Husin. Usaha memindahkan barang-barang penduduk yang dinaiki air diteruskan dengan kerjasama anggota Jabatan Amal Serdang dan masyarakat sekitar.

IMG-20160512-WA0029

Dalam pada itu, kehadiran Kadet Amal turut bersama menyumbang tenaga membersihkan lumpur serta kesan banjir yang telah surut. Kadet Amal merupakan generasi pelapis bagi Jabatan Amal yang dilatih secara khusus untuk bersiap sedia membantu masyarakat.

IMG-20160512-WA0026

Kehadiran serta bantuan dari Jabatan Amal begitu dirasai tatkala orang lain sudah mengunci pintu untuk berehat. Pada masa yang sama, ADUN Bangi Ustaz Shafie Ngah turut hadir melahirkan rasa simpati serta mendengarkan pengaduan dari penduduk Sungai Tangkas berhubung banjir kali kedua ini.

Sehubungan itu, pihak Jabatan Amal Serdang menyatakan kesediaan mereka untuk turun sekali lagi membantu membersihkan rumah yang terjejas dengan banjir kali kedua ini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Jabatan Amal atas bakti mereka tanpa jemu.

Advertisements