Oleh: jurjani90@itpasserdang

Bangi, 4 Mei 2016 –  “Inilah kali pertama ada pihak lain (yakni Pemuda PAS & Jabatan Amal Serdang) yang melawat & menghargai kami sempena Hari Anggota Bomba Sedunia” kata seorang penyelia Balai Bomba dalam pertemuannya dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Serdang (DPPKS) dan Jabatan Amal Serdang. Sebagai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Bangi beliau turut melahirkan rasa terharu dengan ziarah itu sebagai tanda penghargaan usaha pihak mereka selama ini.

Usaha ziarah ini telah diketuai oleh Saudara Rosli Jusoh selaku Ketua Pemuda PAS Serdang berserta beberapa Exco Pemuda dan Jabatan Amal Serdang ke Balai Bomba Bandar Baru Bangi dan Balai Bomba Kajang di Jalan Bukit.

Dalam pada itu, ziarah ini sekaligus telah menjalinkan ukhuwah serta membuka ruang kepada kedua-dua belah pihak untuk saling bertukar cadangan dan strategi. Selain itu, kerjasama erat antara Jabatan Bomba dan Jabatan Amal boleh memberikan sumbangan besar kepada kebaikan masyarakat secara kolektif.

Pertemuan ini telah membuahkan respon dan semangat yang amat positif. Sebagai tanda kenangan, cenderahati berupa plak DPPKS berserta hamper telah disampaikan oleh Saudara Rosli Jusoh kepada pihak pengurusan balai bomba terbabit.

Ziarah ini diakhiri dengan solat Maghrib secara berjemaah di balai bomba tersebut.

 

Advertisements