Bangi, 21 Februari 2016 – PAS Serdang telah menjayakan Program Kesedaran Pengundi di 5 lokasi berbeza di Sungai Ramal Dalam. Lokaliti yang terlibat adalah Taman Ramal Desa, Taman Dahlia, Jalan Imam, Jalan Selamat, Jalan Nazir, Jalan Dusun dan Jalan Tok Dagang.

Fokus program ini ialah untuk melipatgandakan usaha menambah jumlah pendaftaran pemilih baru di DUN Bangi. Ia turut disertai oleh Pembantu Pendaftar Pemilih (PPP) yang telah dilantik oleh SPR, Ketua Pusat Kebajikan Masyarakat (PKM) Sungai Ramal Dalam dan juga Ahli Majlis MPKj.

Menurut Pengarah program, Tuan Haji Sahrul Nizam Nordin, aktiviti ini dirangka bagi memberi kemudahan kepada rakyat terutama di DUN Bangi.

“Program ini dibuat supaya rakyat sedar kewajipan mereka untuk mendaftar sebagai pemilih”.

“Ia juga memudahkan pengundi baru terutama yang berumur 21 tahun untuk terus mendaftar semasa program ini berlangsung”.

Melalui program ini juga, Haji Nizam juga berharap agar rakyat bijak memilih pemerintah yang adil dan saksama untuk memastikan negara ini ditadbir urus dengan baik.

Pada masa yang sama, program ini juga turut menyampaikan maklumat berkenaan tawaran kebajikan kerajaan Negeri Selangor kepada rakyat seperti Skim Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dan aktiviti-aktviti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kepada masyarakat umum.

“Saya harap kita mampu untuk teruskan program ini di seluruh kawasan DUN Bangi supaya masyarakat sedar akan tanggungjawab mereka terhadap negara yang kita cinta ini”. Tambah Haji Nizam lagi.

Advertisements