Bangi, 27 April – Yang Berhormat (YB) Ustaz Shafie Ngah sempat menziarahi keluarga arwah Dato’ Prof Dr Hj Mohd Ali Hj Baharum di Teras Jernang semalam.
Mantan Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) telah kembali ke rahmatullah pada jam 4.20 pagi di Hospital Kajang, Selangor.

” Saya mewakili seluruh ahli PAS Serdang mengucapkan takziah kepada keluarga arwah dan bersabar menghadapi ujian tuhan. Moga roh beliau ditempatkan bersama golongan orang yang soleh”.

Jenazah telah dikebumikan di Perkuburan Sungai Tangkas, berhampiran Jalan Reko Kajang selepas zohor semalam.

Prof. Dr Mohd Ali Baharum merupakan merupakan bekas ahli akademik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Allahyarham pernah menjadi Ahli Panel Syariah bagi bank dan amanah saham seperti Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti, Bank Pertanian Malaysia, Bank Muamalah, Hong Leong Bank Berhad, RHB Capital, The Royal Bank of Scotland, Opus Asset Management, Apex Unit Trust, Malaysian Building Society Berhad dan Permodalan Unit Trust Terengganu Berhad.

Selain itu, Allahyarham juga merupakan Panel Ekonomi Majlis Perundingan Islam dan pernah menjadi Ahli Majlis Maktab Kerjasama Malaysia, Ahli Lembaga Pengarah Kanz Holding Sdn Bhd, Permodalan Risda Berhad dan Bank Rakyat.

Pada tahun 2009, Allahyarham telah dilantik sebagai Presiden ANGKASA dan Pengetua Institiut Tahfiz Wata’lim Lughah Arabiah Malaysia-Sudan, Pengerusi Koperasi Belia Islam (M) Bhd, Pengerusi Koperasi Konsortium Pengguna (M) Bhd, Panel Pelaburan Korporat Bersatu UKM serta menjadi Perunding pelaksanaan pinjaman kenderaan dan perumahan secara Islam.

“Banyak sumbangan Allahyarham dalam membangunkan ummat terutama dalam sektor ekonomi. Sememangnya pemergian allahyarham dirasai oleh semua.” Ujar ADUN Bangi

Advertisements