PUTRA KAJANG, 23 April – Parti Islam SeMalaysia (PAS) kawasan Serdang telah membuat bantahan terhadap penganjuran Uptown di tapak kosong di Putra Kajang oleh Syarikat Fortune Venture Management Sdn Bhd baru-baru ini.

Ketua Pemuda PAS Serdang, Saudara Rosli Jusoh berkata, beberapa masalah akan timbul sekiranya penganjuran uptown ini diteruskan.

“Perkara yang paling ketara adalah kesesakan lalu lintas. Waktu malam ramai ibu bapa keluar hantar anak tusyen, uptown ni akan parahkan lagi keadaan”

“Di 1sini juga dekat dengan sekolah tahfiz. Kami bimbang ia akan mengganggu mereka belajar pada waktu malam.”

Bantahan uptown ini turut disertai penduduk Taman Kajang Impian.

Pengerusi persatuan Penduduk Taman Kajang Impian, saudara Azli Yusof juga telah menyatakan kebimbangan beliau dengan kebanjiran warga asing pada waktu malam.

“Kami bimbang keselamatan penduduk danĀ  gejala sosial akan bertambah apabila uptown ini dibuka, sebab pasti akan berlaku pertambahan warganegara asing pada waktu malam.”

Walau bagaimanapun, pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) telah meluluskan penganjuran uptown tersebut dengan bersyarat antaranya hanya 150 tapak perniagaan dibenarkan untuk dibuka dan waktu operasi bermula jam 9 malam hingga 2 pagi setiap Jumaat dan Sabtu sahaja.

Pihak syarikat telah diberi masa selama 3 bulan untuk memenuhi semua syarat teknikal yang diberikan sekiranya ingin beroperasi di tapak berkenaan.

Advertisements