Kajang, 20 April  – ADUN Bangi, YB Shafie Ngah mengecam tindakan pihak syarikat Lotus Garden Memorial Sdn Bhd yang ingin membina tapak pembakaran mayat di Kajang baru-baru ini.

“Kami tidak bersetuju dengan kaedah perkuburan secara komersial. Kekalkan tanah perkuburan sedia ada tanpa bangunkan krematorium yang bersifat komersial.”

Menjelas aduan rakyat berkenaan salah guna tanah, beliau menerangkan bahawa kawasan tersebut memang telah diwartakan sebagai tanah perkuburan bukan Islam.

“Tanah tersebut memang telah diwartakan sebagai tanah perkuburan bukan Islam, sejak tahun 1928, jauh sebelum merdeka. Banyak kubur telah sedia ada dikawasan tersebut sebelum wujud taman perumahan. Jadi, tiada isu berkenaan hak dan salah guna tanah.”

Sehubungan itu, satu sesi dialog telah diadakan antara pimpinan dan penduduk setempat bagi menjelaskan isu ini. Antara pemimpin yang hadir adalah YB Ong Kian Ming, YB Senator Chandra Mohan, YB Shafie Ngah dan Ahli Majlis MPKJ.

Picture

Beberapa resolusi telah dicapai iaitu semua wakil rakyat menyokong pembatalan Projek Pelupusan Mayat oleh syarikat Lotus dan ahli MPKJ tidak akan meluluskan projek tersebut. Selain itu, pihak wakil rakyat juga mencadangkan agar pusat bakar/simpan mayat boleh dibangunkan di kawasan lain. Mengenai protes orang ramai terhadap isu ini YB Shafie Ngah berkata beliau tidak menghalangnya asal menurut lunas undang-undang.

Tapak pembakaran mayat yang akan dibina oleh syarikat Lotus Garden ini adalah berdekatan dengan sekolah agama, surau Taman Jasmin, tadika kanak-kanak dan 7 buah perumahan yang saling berdekatan.

Advertisements