BALAKONG, 10 April – Pemimpin, selebriti dan masyarakat sememangnya sinonim dengan kita. Rentetan itu, Sembang Santai Bersama Pimpinan dan Selebriti  telah disambut meriah dengan dihadiri lebih 300 orang penduduk kawasan setempat.

Bertempat di Padang Permainan Taman Cheras Perdana, PAS Serdang menampilkan Yang Berhormat Razali Hassan dan selebriti tanah air, saudara Bob Lokman sepentas untuk membicarakan tentang cuaca politik dan ekonomi tanahair.

Fokus program ini adalah untuk menghakis jurang perbezaan antara pimpinan dan masyarakat di samping menerangkan isu semasa serta pendirian PAS. Rakyat berpeluang bersemuka dengan pimpinan dan mengutarakan persoalan secara langsung.

Pada masa yang sama, pelbagai aktiviti sukan turut diadakan di padang tersebut seperti bola sepak, takraw, futsal padang dan memanah.

Turut hadir dalam program ini adalah YB Shafie Ngah, ADUN Bangi. Beliau berharap agar program ini dapat diteruskan dan boleh memberikan manfaat bersama kepada penduduk tempatan.

“Saya berharap agar program ini dapat diteruskan dan ia boleh memberi impak kepada penduduk sekitar. Program ini boleh memupuk silaturrahim melalui penyertaan pelbagai kaum dalam aktiviti sukan yang dianjurkan. Tahniah penganjur”, ujar beliau mengakhiri ucapan perasmian penutup program.

Advertisements