Balakong, 10 April – Komunikasi antara rakyat dengan pemimpin amat penting demi keharmonian hidup bersama. Justeru, Majlis Dialog Bersama Pimpinan telah diadakan sempena program Semarak Hijau anjuran PAS Serdang.

Sesi dialog yang diadakan di perkarangan Flat Taman Sri Indah ini memberi peluang perbincangan dua hala di antara penduduk tempatan dan wakil rakyat.

ADUN Bangi, Ustaz Shafie Ngah menjawab dan memberi penjelasan beberapa isu yang diutarakan penduduk. Antara isu yang dibincangkan ialah penduduk flat yang tidak mendapat keistimewaan air percuma negeri Selangor kerana sistem pembayaran pukal kepada Perbadanan Pembangunan Flat.

IMG-20160410-WA0084IMG-20160410-WA0106

Beliau menyarankan agar sistem tersebut ditukar kepada sistem meter secara individu. Ustaz Shafie Ngah juga menekankan supaya warga Selangor prihatin dengan semua skim keistimewaan sebagai Warga Selangor yang diberikan oleh kerajaan negeri. Antaranya, TAWAS – Tabung Warisan Anak Selangor, MES – Skim Mesra Usia Emas, Hadiah Anak Masuk Universiti

Semoga pertemuan selama 30 minit itu dapat mengurangkan kegelisahan rakyat, merapatkan jurang sosial dan membuktikan wakil rakyat yang mereka telah pilih sentiasa bersedia membantu mereka.

Advertisements