Balakong, 10 April – Benarkah Islam tidak menghormati kepercayaan agama lain? Tindakan Yang Berhormat (YB) Ust Shafie Ngah melawat tokong Buddha, Xin Ann di Sri Indah telah menafikan prasangka dan dogma ini. Meskipun lelah dengan jadual yang padat, Ustaz Shafie Ngah melakukan kunjungan mesra dengan disertai oleh AJK PAS kawasan Serdang serta Ketua Urusan Ulama PAS Serdang.  Turut bersama menjayakan kunjungan ini adalah Saudara Alex Neo daripada Persatuan Hokkien Balakong.

Lawatan selama 30 minit tersebut turut disambut mesra oleh masyarakat yang beragama Buddha. Kunjungan ini sekaligus membolehkan masyarakat Cina menyuarakan pandangan serta mendapat penjelasan dari pimpinan kawasan berkaitan isu semasa.

Pertemuan ini memberikan peluang merapatkan jurang perkauman dan agama sekaligus membetulkan kesalahfahaman antara satu sama lain. Lanjutan itu, satu dialog khas antara pimpinan PAS Serdang dan masyarakat beragama Buddha akan diadakan dalam masa terdekat.

Advertisements