Pusat Wanita Berdaya (PWB) Dun Bangi sekarang ini sedang bergerak aktif memberdayakan wanita melalui pelbagai program seperti bengkel memasak, menjahit, kursus-kursus kepimpinan, keusahawanan, pengurusan kewangan, pemantapan ekonomi, kesedaran kesihatan dan pelbagi lagi.  “Tak kenal maka tak cinta”, pepatah ini sering diucapkan, hakikatnya samalah dengan PWB. Untuk Pengetahuan semua, PWB adalah sebuah pusat pengerak wanita yang diwujudkan di 56 Dun di bawah Kerajaan Negeri Selangor. PWB dipengerusikan oleh YB Puan Dr. Daroyah Alwi,   EXCO, Pengerusi  Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga.

Antara tujuan utama penubuhan PWB adalah untuk menyantuni masyarakat khasnya wanita dan juga gadis-gadis/remaja perempuan dengan pendekatan pelagai termasuklah memberi latihan kemahiran berskala kecil dan sederhana serta memberi kesedaran melalui kursus-kursus yang dijalankan. Bagaimanapun kerjasama erat dan sokongan penuh dari YB Adun masing-masing adalah faktor utama kejayaan PWB Dun sepertimana yang alami oleh PWB Dun Bangi yang mendapat sokongan penuh dari ADUNnya iaitu YB Ustaz Shafie Ngah.

Sasaran atau KPI PWB Dun Bangi pada tahun ini adalah untuk menyantuni lebih 1,800 orang wanita melalui semua program yang dijalankan sehingga akhir tahun nanti, in shaa Allah. Bagi mencapai sasaran tersebut, Penyelia PWB dan AJK-AJK terlibat perlulah bekerja keras dan menjalankan kerjasama pintar dengan semua pihak yang ada di Bangi ini khasnya pihak Pusat Khidmat ADUN Bangi, Pusat Khidmat Masyarakat Setempat (PKMS), Ahli Majlis, Persatuan Penduduk, Masjid & Surau serta ngo-ngo dari pelbagai pihak yang boleh mengambil manfaat secara bersama. Dengan berbesar hati, kami team PWB Dun Bangi menjemput semua kaum wanita dan juga lelaki untuk menyokong dan bersama-sama kami dalam memberdayakan wanita khasnya di Bangi ini.

Jadual di bawah adalah antara program yang dirancang sepanjang tahun 2016. Semoga semua perancangan dan pelaksanaan khasnya untuk tahun 2016 akan berjalan lancar dan mencapai objektif yang telah digariskan. Apa yang paling penting dalam gerak kerja ini adalah mendapat redha Allah Ta’ala. Sekian, terima kasih.

Bil. Aktiviti Jenis
1 Bengkel Menjahit Beg (dari Banner terpakai dan dari fabrik),

Jubah, Baju Kurung, Baju Tradisional Kaum India, Baju Sekolah &

Baju Kanak-kanak

2 Bengkel Memasak Kuih-muih (biasa & sejuk beku)

Biskut Raya, Roti & Pizza, Coklat, Tat,

Mee, Kek, dll

3 Kursus/Program Kesedaran Kepimpinan,

Literasi Undang-Undang (Undang-Undang Keluarga Islam),

Kesihatan,

Keselamatan,

Kitar semula,

Kawalan Kualiti/pembungkusan dll

Oleh:
Mariah Hussain
Penyelia,
PWB Dun Bangi

Advertisements