Shah Alam:  Kursus Penulisan Berita anjuran Lajnah Penerangan PAS Selangor  menjadi medan peserta dan penganjur serta panel bertukar-tukar idea serta halatuju bagi  memantapkan dunia penulisan dan penerbitan. Pengarah program Tuan Hj Mohd Prasad Bin Hanif dalam ucapan aluannya mengajak  peserta sama-sama menyumbang tulisan bagi dimuatkan dalam akhbar harakah serta media sosial yang mana memerlukan berita pantas, padat dan benar dari sumber setempat.  “Untuk jadi penulis yang baik, perlukan kerajinan dan minat untuk menulis. Tulis dan terus tulis,”  ulas Saudara Azamin Amin, Penolong Pengarang Berita Kanan Harakah yang turut hadir sebagai pembentang utama bagi kursus separuh hari ini.

Bengkel ini turut dikemudi oleh Sifu dunia penulisan,  Haji Subky Latif yang lebih
dikenali Pak Subky. Penulis veteran ini hadir bagi memenuhi slot forum yang mana beliau berkongsi pendapat serta idea bagaimana  mahu memposisikan diri sebagai penulis sekaligus pendakwah.”Gunakan unsur kejutan dan berlatih untuk mantapkan penulisan setiap  hari. Masukkan peranan Islam sebagai solusi dalam setiap penulisan serta anggap menulis adalah ibadat. Inilah cara untuk penulis menguasai hati dan pemikiran masyarakat,” ujar beliau dengan penuh semangat.

PAS Serdang menghantar 6 peserta bagi mewakili Lajnah Penerangan kawasan. Moga kursus ini menambah  ilmu dan pengalaman peserta terutama bagi menghasilkan berita untuk diterbitkan dalam buletin keluaran PAS Serdang.

Program berakhir jam 1.30 tengahari selepas perasmian penutup oleh YB Ustaz Shafie Ngah selaku Timbalan Pesuruhjaya II  PAS Selangor serta ADUN Bangi.

Advertisements