Bangi, 19 Februari 2016 – Berfokus dan input bermanfaat. Itulah yang boleh disimpulkan hasil daripada bengkel Penulisan Berita anjuran Lajnah IT dan Penerangan PAS Serdang yang dianjurkan di sini pada malam ini.

Seramai 17 peserta begitu teruja dan mendapat ilmu serta kemahiran baru apabila didedahkan dengan teknik-teknik menghasilkan berita untuk diterbitkan dalam buletin keluaran PAS Serdang.

Saudara Md Jarpani Sufyan, selaku pembentang memberi gambaran jelas bagaimana untuk menghasilkan sebuah berita yang bukan saja menarik dibaca malah lengkap dan berinformasi. Peserta didedahkan dengan asas berita, sumber, laras bahasa, jenis, format, larangan, undang-undang serta pendulu berita.

Saudara Faizal Mahamud selaku ketua Lajnah IT PAS Serdang dalam ucapan awalnya sangat mengalukan kehadiran dan kesudian semua peserta yang mahu membantu PAS Serdang dari sudut penulisan berita.

Moga dengan bengkel ringkas ini, peserta dapat gambaran dan latihan sebaiknya untuk menulis dan menerbitkan berita yang bakal disebarkan kepada seluruh rakyat khususnya di Parlimen Serdang ini.

Program berakhir jam 11.30 malam selepas beberapa peserta memberikan maklumbalas atas apa yang telah diterima sepanjang bengkel dijalankan.

Advertisements